“Anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau apa sahaja.”- Tun Mahathir

Uncategorized

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan menyentuh soal kasut hitam yang diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Tun Mahathir, yang juga merupakan pemangku Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu berkata bahawa para pelajar bebas untuk memakai kasut warna apa pun yang mereka mahukan. Hal ini disuarakan selepas tular satu pekeliling mengenai arahan menggunakan kasut hitam di semua sekolah.

Tun Mahathir turut berkata bahawa beliau juga sebenarnya agak keliru dengan fakta yang dibentangkan dalam taklimat Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun sebuah keputusan telah dicapai iaitu dengan membenarkan murid-murid memakai apa sahaja warna kasut.

Gambar Hiasan | Instagram – kasut.viral.hot

“Anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau apa sahaja.”

“Apa yang saya tahu, anda boleh memakai kasut apa sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM minggu lalu.

Pada 2018 yang lalu, Dr Maszlee berkata bahawa Kementerian Pendidikan akan membolehkan pelajar untuk memakai kasut dan stoking hitam di sekolah bermula tahun 2019, sebelum pelaksanaan sepenuhnya akan dilakukan pada tahun 2021 nanti.

Tun Mahathir mengakui bahawa beliau masih belajar tentang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee meletakkan jawatan pada 3 Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *