Terkejut lihat mesej ‘SOS’ pada tingkap, jiran segera hubungi polis tapi sebenarnya mereka menggantungkan angka 202 untuk menyambut tahun baru

Uncategorized

Pasti ramai yang sangat teruja untuk menyambut tahun baru. Kata orang tahun baru, azam baru. Jadi, ramai lah yang meraikan tahun baru dengan semangat yang baru. Ada yang menyambutnya di luar dengan melihat acara bunga api atau persembahan yang disediakan. Ada juga yang menyambutnya dengan meriah di rumah bersama keluarga dan orang tersayang. Namun, tidak semua yang dirancang berjalan lancar. Lain yang mahu dilakukan, lain pula yang berlaku kepada sebuah keluarga di China ini.

Facebook

Apa yang berlaku ialah mereka terkejut apabila ada pihak polis yang mengetuk pintu rumah mereka yang terletak di tingkat 22 itu. Hal ini kerana pihak polis menyangka bahawa mereka sekeluarga sedang dalam bahaya dan cuba mendapatkan bantuan orang ramai dengan memaparkan mesej SOS pada tingkap rumah mereka. Jiran yang melihat mesej tersebut terus menghubungi polis dan memberitahu akan mesej tersebut. Polis segera ke rumah tersebut setelah mendapat laporan tersebut. Namun apabila polis sampai pemilik rumah memberitahu bahawa mereka semua dalam keadaan baik-baik sahaja dan tiada siapa yang sedang memerlukan bantuan. Rupa-rupanya mereka menggantung belon angka 2020 pada tingkap dan memandangkan belon terakhir dengan angka 0 telah bocor jadi hanya kelihatan SOS dari arah belakang.

Facebook

Setelah dinasihati oleh pihak polis mereka terus menurunkan belon tersebut dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Pemilik rumah tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada jiran mereka yang prihatin dan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.

沙雕sos

貴州貴陽,一住戶窗前貼著SOS,對面鄰居趕緊報警,警察趕到後發現,人家是貼2020,只是最後一個0掉了。

Gepostet von 微信上的中國 am Montag, 30. Dezember 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *