Tidak perlu buang masa rehatkan doh, resipi donat gebu ini dapat dibuat dengan sekelip mata sahaja

Uncategorized

Jarang sekali kita jumpa individu yang tidak sukakan donat. Rata-ratanya begitu menggemarkan kepelbagaian ‘topping’ dan hiasan menarik di atas donat, ditambah lagi dengan kegebuannya! 

Shima Chym/Facebook

Sebenarnya mudah sahaja untuk membuat sendiri donat di rumah, apatah lagi kini terdapat cara pantas (tidak perlu rehatkan doh) untuk membuat donat. 

Terima kasih kepada wanita ini, yang menggunakan nama akaun Shima Chym di atas perkongsian resipi donat mudah ini…

Anda hanya perlu menyediakan :

Shima Chym/Facebook

Bahan A

  • 2 sudu besar yis
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sudu teh garam

Campur dan gaulkan semua bahan A dan biarkan ianya mengembang. 

Bahan B

  • 2 sudu marjerin
  • 2 cawan tepung

Sama seperti bahan A, campur dan gaulkan bahan B dengan menggunakan tangan. 

Cara-cara membuat :

  1. Campurkan kedua-dua bahan A dan B sehingga sebati

Shima Chym/Facebook

2. Uli adunan menggunakan tangan sehingga ia tidak lagi melekat pada tangan

Shima Chym/Facebook

3. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkannya. Menurut Shima, dia hanya menggenggam doh dan keluarkannya daripada celahan genggamannya sahaja

Shima Chym/Facebook

4. Buat bulatan kecil di tengah-tengah lalu tarik sedikit guna jari

Shima Chym/Facebook

5. Kini donat sudah siap dan boleh digoreng. Anda boleh salutkan bahagian atas dengan gula ataupun coklat mengikut citarasa. 

Shima Chym/Facebook

Mudah sahaja caranya, bukan? Pasti donat segar dibuat di rumah ini mendapat pujian dan digemari keluarga anda, khasnya kanak-kanak. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *