Sukar cari jodoh, pemuda Terengganu ini nekad iklankan dirinya melalui sepanduk

Uncategorized

Usaha mencari jodoh kadang kala memerlukan masa yang panjang dan agak sukar sebenarnya untuk menemukan seseorang yang memenuhi kriteria yang diingini. Ia juga bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat secara terburu-buru bagi mengelakkan daripada tersilap memilih.

Satu usaha berbeza dilakukan oleh seorang lelaki yang berasal dari Marang, Terengganu bernama Noor Aziro bin Abdullah ini apabila lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk membuat sepanduk khas demi mencari jodohnya.

Lelaki berusia 35 tahun mengaku bahawa dirinya sudah berputus asa untuk mencari jodoh melalui platform media sosial berikutan terdapat banyak saingan dan pilihan yang perlu dihadapinya.

Menurut Aziro, dua keping sepanduk difahamkan telah dinaikkan dan diletakkan di kawasan Dungun, iaitu satu di kawasan bandar manakala satu lagi di Pantai Teluk Bidara.

 “Oleh kerana itu, saya buat keputusan untuk membuat sepanduk diri saya dengan harapan agar mereka yang berdekatan akan berminat”, jelasnya. Mengejutkan juga apabila dia menerima banyak panggilan selepas itu.

“Saya terima panggilan dari Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan juga sehingga ke Kuantan. Ada juga pemanggil yang turut mengagumi kaedah dan idea saya dalam mencari jodoh sebegini”.

Sungguhpun begitu, ahli keluarga Aziro langsung tidak tahu menahu akan usahanya mencari jodoh melalui cara ini dan masih berharap agar muncul seseorang yang berminat untuk menjadi isterinya.

Difahamkan juga sepanduk Aziro itu tular di laman media sosial dan mencuri perhatian warganet. Semoga Aziro dikurniakan jodoh yang dihajatinya, sama-sama kita doakan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *