Azizulhasni Awang kini duduki ranking pertama dunia untuk acara keirin

Uncategorized

Nampak gayanya, Azizulhasni Awang terus melakar nama negara apabila baru-baru ini jaguh sukan lumba basikal trek tersebut berjaya menduduki tempat pertama dalam ranking terkini menerusi acara Men Elite Keirin.

Khabar gembira tersebut telah dikongsikan menerusi akaun rasmi Team Malaysia di laman Facebook, di mana Azizulhasni atau lebih terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu difahamkan telah mendahului ranking dunia dengan 2,560 mata.

Ranking terkini Men Elite Keirin:Azizulhasni Awang 🇲🇾 – 2,560 mataYudai Nitta 🇯🇵 – 2,551 mataVigier Sebastien 🇫🇷 -…

Gepostet von Team Malaysia am Dienstag, 21. Januar 2020

Manakala ranking kedua dimiliki oleh Yudai Nitta dari Jepun dengan 2,551 mata diikuti dengan Sebastien Vigier dari Perancis dengan mata sebanyak 2,347.5.

Sementara itu, rakan senegara Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula berada di tangga ke-32 dengan 1,237 mata manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tangga ke-60 dengan 691 mata.

“Ia merupakan satu penghargaan besar buat saya dan tanah air apabila dimahkotakan ranking no. 1 dunia pada tahun sukan Olimpik yang bakal berlangsung. Saya sangat bangga dengan pengiktirafan atas kerja keras saya selama ini”.

“Saya tidak pasti berapa lama ia akan bertahan namun diharapkan agar saya mampu mengekalkannya”, kata anak kelahiran Terengganu itu. Berita tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut mengucapkan tahniah di Twitter.

Sebelum menyertai sukan Olimpik, pelumba berusia 32 tahun itu bakal bersaing di Kejohanan Dunia Berbasikal UCI Track 2020 di Berlin, Jerman pada 26 Februari hingga 1 Mac nanti. Tahniah diucapkan kepada Azizulhasni Awang. Semoga berjaya membawa pulang emas nanti. Malaysia Boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *