Gurauan undang padah, seorang lelaki ditahan polis kerana menyamar menjadi pocong

Uncategorized

SULAWESI SELATAN: Gurauan undang padah apabila seorang lelaki akhirnya ditahan polis kerana sengaja memakai bungkusan berwarna putih seperti pocong.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai MS, 17 dari Gowa, Sulawesi Selatan itu ditahan polis pada malam Jumaat lepas selepas dikatakan mengusik orang ramai dengan ‘kostum’ pocong yang dikenakan.

Sebelum ditahan, aksi lelaki itu hampir mengakibatkan sebuah kemalangan berlaku. Seorang individu mengatakan dia hampir terjatuh daripada motosikalnya sebaik sahaja ternampak ada ‘pocong’ di Jalan Mustafa.

Individu yang bernama Nandar itu memberitahu portal Berita Kompas bahawa dia ternampak kelibat pocong sedang duduk di tepi jalan membuatkan dia terkejut dan hampir terjatuh. Kejadian itu pula berlaku pada malam Jumaat.

Polis akhirnya melakukan rondaan setelah menerima laporan daripada orang ramai sehingga akhirnya berjaya memberkas ‘pocong’ yang dimaksudkan.

MS kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gowa. Dia mengakui bahawa dia melakukan aksi pocong tersebut selepas selesai kerjanya sebagai perunding perkahwinan.

Menurutnya setelah selesai melakukan kerja-kerja membuka pelamin dia cuba-cuba memakai kain putih yang kebetulan ada di situ dan beraksi seperti pocong.

Ekoran daripada kejadian tersebut pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aksi seperti itu yang akhirnya boleh membahayakan keselamatan orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *