Hindari 4 jenis kanser sambil menyihatkan usus, jom amalkan kubis mulai saat ini

Uncategorized

Masyarakat milenial pada zaman kini lazimnya begitu sibuk dengan tugasan harian di tempat kerja dan juga aktiviti menguruskan keluarga di rumah, ditambah pula tekanan yang dialami, dilihat berupaya mengganggu jadual dan pola pemakanan.

Maka dengan itu, seseorang itu akan lebih mudah mengalami sakit perut ataupun gastrik, di mana ia berlaku apabila terdapat banyak asid dirembeskan yang mampu merosakkan mukosa gastrik dan menjadi punca kepada ulser pada perut. 

Ya, kita memang boleh mengatasinya dengan memakan ubat gastik tetapi sedarkah anda bahawa pengambilan ubatan dalam jangka masa yang lama akan membawa kepada kesan sampingan yang lain. Oleh itu, mari sama-sama kita amalkan memakan kubis.

Hal ini kerana, ia dipercayai  mampu melindungi usus dan memulihkan masalah yang dialami pada perut secara semula jadi. Secara ringkasnya, kubis Korea merupakan sayuran yang agak murah dan mempunyai ciri anti-kanser selain mengawal kandungan gula dalam darah.

Kubis tersebut atau nama saintifiknya, Brassicaceae sememangnya digemari oleh golongan pakar dari Jepun berbanding dengan ginseng Korea selain menyarankan agar orang ramai mengamalkan pemakanan kubis sehari-harian.

Difahamkan bahawa kubis Korea ini boleh didapati pada sepanjang tahun, di mana ia dapat dibeli dengan harga yang agak murah. Ia kaya dengan vitamin B, C dan K, selain kandungan mineral, fosforus, potasium dan zat besi.

Pakar nutrisi turut menjelaskan bahawa setiap 100 gram daripada kubis tersebut, terdapat 1.3 gram serat. Ia amat sesuai diambil oleh mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tetapi mahu kekal berasa kenyang.

Antara manfaat daripada pengambilan kubis tersebut adalah :

Gambar hiasan/Pixabay

#1 Melindungi perut

Menurut kajian pakar dari Jepun, mereka menemui ‘thioglycosides’ dalam kubis yang boleh membunuh H. pylori dan berkesan menghalang gastritis sementara vitamin U pula mengandungi ciri anti-ulser, yang menggalakkan metabolisme gastrointestinal dan membantu membaiki tisu-tisu dan membran mukus di dalam badan.

Selain itu, ia mampu melegakan kerosakan yang disebabkan oleh ulser gastrik dan ulser duodenal. Kandungan serat yang tinggi juga berupaya meningkatkan motiliti gastrointestinal dan mengurangkan sembelit.

Gambar hiasan/Pixabay

#2 Mengurangkan risiko 4 jenis kanser

Menurut tulisan pelajar doktoral farmaseutikal Jepun, Tetsuya Tian dalam bukunya, “Anti-Cancer Healing Power” menjelaskan bahawa kubis merupakan sayuran anti-kanser yang berkuasa untuk melawan sel kanser.

National Cancer Institute (NCI) pula mengesahkan bahawa sayuran seperti kubis mampu mengurangkan risiko kanser usus, kolorektal, payu dara dan prostat. Ini kerana kandungan indole dan isothiocyanates yang bantu menghalang pembentukan kanser.

Gambar hiasan/Pixabay

#3 Menghalang penyakit osteoporosis

Kubis Korea kaya dengan vitamin K dan mempunyai mempunyai kesan penyembuhan luka dengan cepat, selain dapat membantu penyerapan dan menstabilkan kalsium untuk tulang dan gigi, mempromosikan pertumbuhan tulang serta mencegah osteoporosis.

Gambar hiasan/Pixabay

#4 Antioksida dan anti-penuaan

Kubis Korea mempunyai kesan antioksida dan anti-penuaan yang baik. Ia mengandungi antioksidan yang kaya seperti vitamin C dan surforaphane. Walau bagaimanapun, pakar menasihati agar jangan masak terlalu lama (tidak melebihi 30 minit) bagi mengelakkan kehilangan nutrien.

Gambar hiasan/Pixabay

#5 Detoks

Sulforaphane pada kubis mampu meningkatkan keupayaan detoksifikasi sistem enzim dalam badan dan boleh mengawal kerosakan yang disebabkan oleh toksin terhadap DNA manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *