Kasihan lihat ibu bapa jual jagung hingga tertidur, gadis ini memutuskan untuk menularkannya di laman Twitter

Uncategorized

Perniagaan merupakan satu cara untuk menjana pendapatan. Menurut Paul Freet iaitu usahawan Barat, perniagaan merupakan proses berulang-ulang untuk menjana duit.

Ia juga tidaklah mudah untuk dijalankan kerana pasti akan ada pasang surutnya. Untuk kekal relevan dan berjaya, peniaga seharusnya mempunyai tahap motivasi yang tinggi agar tidak mudah berputus asa dengan perniagaannya.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter akan seorang gadis yang berkongsi perniagaan yang dijalankan kedua ibu bapanya. Gadis yang menggunakan nama akaun @fyraphobia_ itu sebenarnya berasa kasihan melihat ibu bapanya menjual jagung sehingga tertidur.

@fyraphobia_/Twitter

Tujuan dirinya berkongsi dengan pengguna Twitter lain adalah bertujuan agar orang ramai di sekitar dapat bersama-sama memberi sokongan dengan membeli jagung yang dijual kedua ibu bapanya.

Tambah gadis tersebut, bekalan jagung yang hendak dijual masih lagi banyak. Untuk pengetahuan anda, buah jagung berkenaan dijual di Bangsal Jagung 616 dan terletak di Kampung Pasir Putih, Marang, Terengganu.

@fyraphobia_/Twitter

Difahamkan bahawa gerai berkenaan mula beroperasi daripada jam 7.30 pagi hingga 11 malam. Selain daripada buah jagung, terdapat juga air jagung, jagung rebus yang dijual di dalam cawan, madu lebah asli (yang diambil sendiri oleh rakan bapanya daripada pokok) dan juga kacang.

@fyraphobia_/Twitter

Menurut gadis terbabit, bapanya bekerja sebagai pemandu lori yang membawa buah sawit namun kini banyak pokok sawit telah ditebang oleh pihak Felda membuatkan pendapatan bapanya terjejas. Jadi, ibunya terpaksa membantu meraih pendapatan dengan menjual jagung.

Oleh kerana gerai mereka agak baru jika dibandingkan dengan banyak gerai lain yang turut menjual jagung, maka tidak begitu ramai pelanggan di gerai ibu bapa gadis berkenaan.

@fyraphobia_/Twitter

Jagung yang dijual ibunya berharga RM2 untuk sebatang namun kadang kala ibunya menawarkan RM5 untuk 3 batang jagung. Manakala air jagung pula dijual dengan harga RM4 dan kacang pula RM2 untuk sebungkus, RM5 untuk 3 bungkus.

Sehingga ke hari ini, tweet tersebut menerima 34,000 retweet dan gadis tersebut berterima kasih ekoran sokongan padu pengguna Twitter yang banyak memberi semangat padanya.

@fyraphobia_/Twitter

@fyraphobia_/Twitter

@fyraphobia_/Twitter

Semoga jualan jagung mereka laris. Buat anda yang berdekatan dan sememangnya merupakan peminat jagung tegar, apa kata anda cuba dapatkan jagung tersebut. Sambil kita nikmati jagung, terselit juga rezeki buat orang lain, bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *