Kreatif! Ibu muda ini ubah suai sendiri selipar untuk dipakai oleh anak kecilnya. Comel sekali!

Uncategorized

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil cenderung untuk mencipta sesuatu benda menggunakan apa-apa sumber terdekat yang ada.

Cocomy

Baru-baru ini, seorang ibu muda ada memuat naik hasil ‘kraf tangan’ yang dilakukannya sendiri dengan menggunakan sumber yang ada di rumahnya, khas mengikut keperluan anaknya. Dan kraf yang dihasilkannya adalah sepasang selipar ‘buatan sendiri’.

Selipar yang dihasilkannya benar-benar mengikut saiz kaki anaknya yang kecil. Memang comel sungguh hasilnya!

Cocomy

Pada mulanya, ibu muda ini membeli selipar yang paling kecil yang boleh ditemuinya, namun malang buatnya apabila saiz yang paling kecil itupun tetap juga menjadi besar buat anaknya.

Jadi, dengan kepakaran dan daya kreatif yang dimiliki, ibu muda ini memotong dan mengubah-suai selipar ini menjadi saiz yang sesuai dengan kaki anaknya.

Cocomy

Cocomy

Alat yang digunakan untuk menghasilkan selipar kanak-kanak ini hanyalah beberapa alat yang mudah didapati di rumah seperti gunting, pisau kertas dan alat penghalus tumit untuk menghaluskan bahagian sisi selipar yang dipotong.

Cocomy

Bahagian belakang selipar ini dipotong mengikut saiz tapak kaki anaknya, seterusnya tali getah yang kecil disambungkan pada selipar berkenaan supaya anaknya tidak terjatuh apabila berjalan menggunakannya.

Cocomy

Cocomy

Wah, nampaknya anak kecil ini memang benar-benar gembira dengan hasil produk ibunya. Kemana sahaja dia memakai selipar yang ringkas itu!

Cocomy

Ternyata, daya kreatif seorang ibu memang tidak boleh dinafikan. Tahniah dan kami pasti memori ini akan diingati sehingga bila-bila buat anak-beranak ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *