Padang pasir diliputi salji, barat laut Arab Saudi turun salji semasa musim dingin

Uncategorized

TABUK- Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebahagian kawasan Arab Saudi memang jarang menerima salji turun walaupun pada musim sejuk terutama pada bahagian barat laut negara itu.

Twitter

Namun begitu, musim dingin kali ini berbeza apabila sebuah daerah di bahagian barat laut Arab Saudi menerima salji yang lebat. Kawasan yang dahulunya padang pasir yang tandus bertukar menjadi putih apabila salji turun meliputi kawasan tersebut.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Dr_Ahmad_Nabeel jelas menunjukkan beberapa kawasan Tabuk yang kini diliputi dengan salji putih.

Twitter
Twitter

Salji yang turun dikatakan akibat daripada ribut kuat yang berlaku pada kira-kira 193 kilometer dari Laut Merah.

Menurut Eric Leister, seorang Ahli Mateorologi Kanan AccuWeather mengatakan bahawa ribut yang berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean telah menolak udara sejuk ke benua Timur Tengah sehingga akhirnya menghasilkan salji.

Twitter

Bagi sesetengah orang fenomena salji turun di Arab Saudi adalah sesuatu yang luar biasa. Ada juga yang mengaitkan kejadian alam itu dengan perubahan iklim dunia dan fenomena pemanasan global namun hakikatnya kejadian seperti itu bukanlah sesuatu yang baru. Buktinya, di Arab Saudi salji pernah turun di sejak tahun 2018 lagi.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *