Resepi ‘Kanafeh’, pencuci mulut berunsur keju dari Timur Tengah yang sangat enak

Uncategorized

Setiap hari makan pencuci mulut yang sama adakala agak membosankan. Namun, kdang-kadang kita pula yang kehabisan idea untuk menyediakan menu apa untuk keluarga. Setiap ahli keluarga pula mempunyai selera yang berbeza dan itu yang buatkan kita bertambah pening!

Tetapi, jangan pening dahulu kerana di sini ada sebuah lagi resepi baru yang anda boleh cuba. Resepi menu bernama ‘kanafeh’ atau ‘kunafa’ ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Maslena Alwi II.

Apa yang menariknya pencuci mulut ini dikatakan datangnya dari Timur Tengah dan sangat terkenal dengan kelazatannya. Keluarga anda pasti menggemarinya terutama mereka yang sukakan keju.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan kanafeh:

Bahan-bahan:

  • 500gm doh kanafeh segera (boleh dibeli kedai bakery)
  • Keju cheddar yang secukupnya
  • 200gm keju mozzarella
  • 250gm krim keju
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50gm gula aising
  • 1 sudu kecil vanila
  • 70gm mentega
  • 1 biji telur kuning 1 biji (pilihan)
  • Adunan krim keju

Cara Cara:

  • Buat dahulu adunan krim keju dengan menggunakan krim keju, susu, gula dan mentega yang dipukul halus.
  • Kemudian masukkan kuning telur dan vanila dan pukul lagi adunan tersebut.
  • Kemudian sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kanafeh.
  • Taburkan separuh doh kanafeh pada loyang kemudian masukkan adunan krim keju yang telah dipukul, taburkan keju cheddar, keju mozzarella.
  • Kemudian tutup krim keju dengan sisa doh kanafeh tadi dan bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
  • Bila adunan masak jangan biar terlalu sejuk diluar, seeloknya dihidang dan dimakan panas-panas serta rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh dan cair di dalam mulut.

Untuk hiasan pula, anda boleh taburkan kacang pistachio atau badam secukupnya seperti dalam gambar.

Lihat gambar sahaja sudah menyelerakan. Jadi, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

Gepostet von Maslena Alwi II am Donnerstag, 26. September 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *