Resipi pencuci mulut air mangga yang menyegarkan ini pasti akan membuatkan anda lega di hari yang panas. Satu cawan tidak cukup!

Uncategorized

Cuaca di Malaysia kini sudah kembali panas dan perkara ini membuatkan kita sering dahaga dan mahukan minuman yang sejuk dan menyegarkan.

Disebabkan itu, menerusi entri pada hari ini kami akan berkongsi resipi pencuci mulut air mangga yang sangat menyelerakan.

Sedapnya Resepi/Facebook

Lebihkan ais, anda pasti tidak akan berganjak sebelum habis!

Perkongsian resipi ini adalah ihsan daripada Puan Fatien Zaini dan telah dikongsikan semula oleh laman Facebook Sedapnya Resepi.

Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

Sedapnya Resepi/Facebook

1. 3 cawan susu segar

2. 1 paket serbuk agar-agar perisa mangga

3. ½ cawan krim putar (whipping cream) atau susu cair

4. 1 cawan sagu

5. 1 tin laici (ambil buahnya sahaja)

6. 2 biji mangga yang dipotong dadu

Cara-caranya:

Sedapnya Resepi/Facebook

1. Masakkan serbuk agar-agar dan sejukkan seperti biasa sebelum agar-agar dipotong dadu. Ketepikan seketika.

2. Masakkan sagu dengan air yang mendidih sehingga empuk dan tapiskan. Ketepikan seketika.

3. Campurkan semua bahan (termasuk agar-agar dan sagu di atas) di dalam cawan atau mangkuk.

4. Tambahkan ais batu untuk lebih kesegaran.

Mudah dan sangat menyelerakan. Selamat mencuba!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat sebanyak lebih dari 2,600 perkongsian, lebih dari 1,000 reaksi dan 192 komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *