Sanggup dukung nenek tua melintas platform kereta api, tindakan pegawai ini undang pujian netizen

Uncategorized

Saban hari ini sering digemparkan dengan pelbagai berita kejahatan di seluruh dunia sehingga membuatkan kita adakala tertanya-tanya bila semua itu akan berakhir. Berapa ramai pula antara kita yang benar-benar baik dan boleh buatkan dunia ini tempat yang aman untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Namun, di sebalik semua itu masih ramai sebenarnya yang baik dan benar-benar ikhlas. Mereka sanggup menghulurkan bantuan tanpa mempedulikan diri sendiri atau mengharapkan balasan mahupun ucapan terima kasih.

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Pimchanok Praisuwan yang berasal dari Thailand. Apa yang berlaku ialah ketika dia dan ibunya berjalan hendak melintasi platform kereta api datang dua orang pegawai untuk membantu mereka. Salah seorang daripada mereka sanggup mendukung ibunya yang telah tua untuk melintasi platform tersebut.

Facebook
Facebook

Dia merasakan apa yang dilakukan oleh pegawai tersebut adalah sesuatu yang sangat comel dan penuh dengan keikhlasan. Dia terus merakam gambar tersebut dan berkongsi momen itu di laman Facebook miliknya.

Facebook

Wanita ini juga menasihatkan orang ramai untuk menghormati orang tua dan jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik seperti yang dilakukan oleh pegawai-pagawai yang membantu mereka.

Facebook

Siapa sangka status Facebooknya telah menarik perhatian ramai malah telah dikongsikan lebih daripada 300 kali. Ramai netizen yang membaca status tersebut sependapat dengannya. Ramai yang mengatakan apa yang dilakukan oleh pegawai lelaki tersebut sangat comel dan ada juga turut menghargai apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Facebook

Sumber: Facebook | Pimchanok Praisuwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *